APA DAH JADI DENGAN UMAT ISLAM HARI INI?

1 01 2009

Sebuah Sentuhan:

https://khalidalwalid.wordpress.com/

khalidalwalidmk@gmail.com

Salam Rahmah Dan Kasih Sayang Allah Khas Buat Para Du’at dan Pejuang Deenul Haq!

AKU KELIRU DAN TERTANYA-TANYA. Adakah umat ini tidak punya hati dan perasaan? Mengapa mereka amat-amat tidak sensitif? Adakah Allah telah tarik nikmat hati dan perasaan dari dalam jiwa mereka?

Mengapa aku berkata begini? Apa tidaknya, sebentar tadi aku sempat menonton berita edisi jam satu di saluran NTV7, terasa bagai umat ini seakan-akan sudah tidak punya hati dan perasaan. Tatkala saudara seIslam kita di Palestin di bantai, di belasah, di ganyang dan di bunuh habis-habisan, umat Islam di seluruh dunia berkumpul beramai-ramai di dataran-dataran menyambut tahun baru.

Ibu bapa seawal 6 petang membawa anak kecil ke dataran untuk menyambut tahun baru. Apabila di temuramah, dengan bangga mereka berkata, “Saya berasa amat seronok kerana dapat bersama-sama anak dan isteri menyambut tahun baru bersama-sama, menonton konsert, menyaksikan petunjukan bunga api dan melihat gelagat manusia”

Ada yang berkata “Saya berasa amat bangga kerana Malaysia amat aman dan harmoni. Tak da peperangan dan kekacauan. Tak macam di Thailand, Iraq dan Palestin.”

Yang ain ada berkata “Saya akan datang lagi tahun hadapan ke dataran merdeka untuk menyambut Tahun Baru dan Malam Merdeka.”

HAH! APA SEMUA INI!

Tatkala 14 buah rumah di Bukit Antarabangsa di timbus tanah runtuh, 4 orang terkorban dan beberapa orang tercedera, seluruh Malaysia kaget dan bersedih. Seluruh tumpuan di fokus ke kawasan bencana. Aku tidak kata ini salah, betul dan benar tindakan kita semasa itu. Hari Raya Korban di sambut sederhana untuk menghormati peristiwa tersebut, tetapi betul dan benarkah tindakan kita pada hari ini, Bukan 14 buah rumah yang di musnahkan, tetapi ratusan rumah dibedil bom Israel laknatullah. Sehingga kini (di saat aku menulis entri ini) lebih 400 jiwa sudah terkorban dan bukan 4 orang! Ribuan yang cedera parah dan tidak dapat dirawat dengan sempurna di sebabkan kekurangan bekalan perubatan.

Tetapi, kita sibuk meraikan ketibaan tahun baru. Suasana penuh kegembiraan dan kemeriahan dirasakan di dalam setiap jiwa yang meraikan. Aman dan seronok. Tiada ketakutan dan kesedihan. Tetapi apabila umat manusia di seluruh dunia tanpa kira bangsa dan agama berhimpun menunjukkan bantahan terhadap pembantaian Israel Laknatullah terhadap umat Palestin, mereka di tangkap dan pukul oleh pihak berkuasa. HAH SALAHKAH mereka? Apa semua ini?

Ayuh Umat Islam, cuba kita tanya pada diri kita, adakah sumbangan kita buat umat ini. Apakah kita sudah cukup mendidik jiwa dan diri kita untuk menghadapi sebarang ujian Allah? Adakah diri kita, keluarga kita mahupun masyarakat kita sudah cukup sensitif terhadap saudara-saudara seIslam kita di seluruh dunia? Rasulullah bersabda “ Tidak beriman seseorang kamu melainkan kamu mengasihi apa yang ada pada saudara kamu sepertimana kamu mengasihinya.” Ayuh marilah kita muhasabah di tahap manakah iman kita? Marilah kita sama mendoakan saudara-saudara kita di Palestin. Marilah kita melazimi QUNUT NAZILAH dan doa memohon munajat kepada ALLAH agar menhancurkan zionis Yahudi dan Israel laknatullah… pada masa ini dan saudara kita diserang hebat oleh mereka yang tidak perikemanusiaan..

قنوت النازلة – اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ ِفي نُحُورِ أَعْدَائِنَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَدِّدْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ… يَا جَبَّارُ… يَا مُنْتَقِمُ! يَا اللهُ ) 3 مرّات ( اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَاب…وَيَا مُجْرِيَ السَّحَاب…ويا هَازِمَ الأَحْزَاب… اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا

عَلَيْهِمْ

Wallahu’alam.

Salam Dakwah dan Tarbiyah,

KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL

Advertisements




31 12 2008

Kenyataan Sekretariat HALUANPalestin

Sekretariat HALUANPalestin HALUAN Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel membedil dan membunuh rakyat Palestin di Gaza. Serangan yang bermula semenjak Sabtu, 27 Disember telah mengorban banyak nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda. Tindakan Zionis Israel membedil Gaza dan melancarkan serangan yang membabi buta terhadap rakyat yang sedang memperjuangkan bumi dan kehormatan bangsa amat mendukacitakan dan di luar batas keperimanusiaan.

Sekretariat HALUANPalestin menyeru dengan segenap kekuatan menolak dan menentang tindakan keji dan kejam Israel, diskriminasi dan konspirasi yang dilakukan kepada penduduk Palestin, khususnya di Gaza.

Sekretariat HALUANPalestin menyeru:

  1. Kepada segenap umat dan bangsa Arab dan Islam … mulai saat ini, bersegeralah membantu dan mendukung perjuangan warga Palestin, berkorban demi kesucian negeri Palestin; untuk melawan kebiadaban Zionis dan tindakan pembantaian yang kejam terhadap  bangsa Palestin dengan jelas dan terang-terangan.
  2. Kepada Persatuan Parlimen Arab dan Islam… harus bertanggungjawab terhadap peristiwa yang terjadi dan berdiri dalam satu barisan bersama umat dan membatalkan hal-hal yang berkaitan dengan kesepakatan perdamaian bersama musuh zionis.
  3. Kepada pemerintah dan pemimpin Arab dan Islam.. hendaklah menunaikan tugas dan kewajibannya, seperti:
    • Berdiri tegak bersama umat dalam menolak perilaku zalim dan kejam zionis, dan memberikan bantuan untuk para penduduk di Palestin.
    • Memutus hubungan atau segala bentuk komunikasi langsung atau tidak langsung dengan zionis dan sekutunya.
    • Menerapkan semangat kesepakatan dalam negara Islam dan bersegera bersatu untuk mempertahankan bumi Palestin.
    • Memberikan bantuan segera kepada rakyat Palestin samada dari segi perubatan, kewangan, bekalan makanan, bantuan kemanusiaan dan ketenteraan dengan kadar segera.

Hendaknya Zionis teroris menyedari bahawa mereka tidak akan mampu membendung dan menghentikan semangat rakyat Palestin mempertahankan bumi mereka sedikitpun sebaliknya mereka akan mendapat kehinaan dan kehancuran.

Sekretariat HALUANPalestin

Anda boleh menyumbang kepada usaha Sekretariat HALUANPalestin untuk projek bantuan mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis di Palestin melalui

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
No Akaun: 14-023-01-003429-2
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad





TARBIYYAH ISLAMIYAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID – Bhg 2

25 12 2008

Assalamualaikum wbt. Ikuti sambungan Tarbiyyah Islamiyah Melahirkan Mukmin Mujahid berikut.

Proses Tarbiyyah mesti berterusan

Proses Tarbiyyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim. roads

Menurut Al Syeikh Mustafa Masyhur bahawa Tarbiyyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).” (HR Al Baibaqi)

2445253675_74debfb0581lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

“Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.” (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Faktor kejayaan Tarbiyyah Islamiyyah

Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyyah Islamiyyah, antaranya :

i. Keyakinan sepenuhnya bahawa Tarbiyyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan. Melalui Tarbiyyahlah Rasulullah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. Jalan Tarbiyyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.

ii. Hanya Tarbiyyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses dan perancangannya.

iii. Tarbiyyah Islamiyyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.

Sekian dahulu buat masa ini. Ikuti sambungan faktor-faktor kejayaan Tarbiyyah Islamiayah  seterusnya di entry akan datang. InshaAllah.

KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL





Iklan Baju Korporat HALUAN SISWA 2009

24 12 2008

https://khalidalwalid.wordpress.com
khalidalwalidmk@gmail.com

Assalamu’alaikum w.b.t.

Sila ke halaman “ADVERTISEMENT” untuk memberi saranan dan komen untuk design baju korporat HALUAN SISWA 2009. Kami (HALUAN SISWA) merancang untuk mula menempah baju ini dalam bulan Januari. Sila ke halaman tersebut.

Jazakallahu Khairan Kathira,

KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL





Mengimbas Badar al-Kubra (Demi survival Islam)

19 09 2008

[sebuah sorotan detik-detik siknifikan survival Islam]

https://khalidalwalid.wordpress.com

khalidalwalidmk@gmail.com

Kelmarin, tanggal 17 Ramadhan memcatatkan sebuah peristiwa terpenting dalam lipatan sejarah Islam. Sesetengah sejarawan Islam (dan ada yang mengatakan ia berlaku pada tanggal 18 Ramadhan) mengatakan pada hari ini telah berlaku Perang Badar al-Kubra yang amat-amat siknifikan dalam sejarah Islam. Ia merupakan peperangan pertama umat Islam demi memperjuangkan survival Islam.

PERANG Badar al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.
PERANG Badar al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.

Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: “Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini.”

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar al-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: “Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janji-Nya kepadamu.”

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: “(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut.” – (Surah al-Anfal, ayat 9)

Kisah ini menggambarkan dengan jelas peranan doa dalam kehidupan Muslim. Setiap Muslim dituntut berdoa hanya kepada Allah. Ia juga menunjukkan betapa manusia adalah makhluk lemah dan serba daif. Oleh itu, manusia berhajatkan kepada pertolongan Allah sebagai Pencipta alam semesta yang Maha Berkuasa. Kepada-Nya setiap Muslim bergantung harapan dan memohon bantuan sebagaimana mafhum daripada surah al-Fatihah yang diulang-ulang sekurang-kurang 17 kali sehari semalam maksudnya: “Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan.” – (Surah al-Fatihah, ayat 5)

Maka tidak hairan Baginda sentiasa menggalakkan umat Islam agar tidak putus-putus berdoa kepada Allah dalam semua keadaan tidak kira pada masa senang atau susah, kaya atau miskin dan seterusnya. Baginda pernah bersabda maksudnya: “Doa adalah senjata mukmin dan tiang agama serta sinaran cahaya yang menerangi langit dan bumi.” – (Hadis riwayat Abu Ya’la)

Seterusnya, kehidupan yang diciptakan Allah untuk umat manusia ini penuh dengan ujian dan dugaan. Ia bagi menguji sejauh mana keimanan Muslim sama ada bersabar dan tetap teguh dengan keimanan atau terus mengalah dan akhirnya tersungkur dengan kekalahan memeritkan. Begitulah juga peperangan Badar yang diharungi oleh tentera Islam untuk berdepan dengan tentera kafir Musyrikin.

Orang beriman dan bertakwa akan terus mara meredah kancah peperangan yang sengit tanpa sebarang perasaan takut atau bimbang kepada kematian. Ini kerana mereka begitu yakin dengan janji Allah yang menjamin syurga bagi yang terkorban syahid dalam peperangan.

Baginda pernah bermusyawarah dengan sahabat mengenai usul berdepan dengan tentera kafir Musyrikin Makkah. Lantas, Baginda bertanyakan Saidina Abu Bakar dan beliau menjawab: “Mara terus!” Kemudian Baginda bertanya kepada Saidina Umar al-Khattab dan beliau juga menjawab: “Mara terus!” Selepas itu berkatalah Miqdad bin Amru: “Wahai Rasulullah! Jalan terus! Laksanakanlah apa yang diperintahkan Allah, kami akan tetap bersama engkau. Kami sekali-kali tidak akan berkata kepada engkau sebagaimana ucapan Bani Israil kepada Nabi Musa: Pergilah engkau bersama Tuhan engkau dan perangilah mereka, namun kami di sini hanya akan duduk menunggu saja, tetapi kami akan berkata: Pergilah engkau bersama Tuhan engkau dan kami bersama engkau berdua akan turut berperang. Demi Allah! Walaupun engkau bawa kami ke Birk al-Ghimad (satu negeri di Habsyah) sekalipun, kami akan turut sama sehingga kita sampai ke sana!”

Demikianlah maklum balas sahabat yang bersemangat untuk mengharungi peperangan Badar biarpun bilangan mereka kecil dan alat kelengkapan perang pun tidak sehebat tentera Musyrikin. Namun, keimanan dan ketakwaan menyebabkan tentera Islam terus berjuang untuk menegakkan kebenaran. Mereka yakin dengan firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang yang mati, bahkan mereka sebenarnya orang yang hidup (dengan keadaan yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat mengetahui.” – (Surah al-Baqarah, ayat 154)

Bilangan kecil dan alat kelengkapan perang yang serba kekurangan bukan halangan bagi tentera Islam untuk mencipta kemenangan. Yang penting keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh di jiwa Muslimin.

Akhirnya, tentera Muslim menang besar dalam perang itu dengan izin Allah berbekalkan keimanan mantap, strategi peperangan sistematik dan bantuan Ilahi dari langit iaitu gerombolan malaikat untuk membantu tentera Muslimin. Semua itu menjadi kriteria utama ke arah mencipta kemenangan berdasarkan kepada sunatullah di alam semesta ini.

Keimanan mantap Muslim adalah pemangkin ke arah mencipta kecemerlangan dan kejayaan dalam pelbagai lapangan hidup. Begitu juga dengan bantuan Ilahi akan tetap bersama-sama dengan Muslim yang beriman dan bertakwa kepada-Nya pada setiap masa. Strategi peperangan dirancang rapi oleh tentera Muslimin apabila Baginda sanggup mengetepikan pandangannya sendiri dan sedia menerima pendapat Habbab bin Munzir yang lebih baik. Beliau mencadangkan usul agar memilih tempat yang hampir dengan takungan air kerana air penting dalam persiapan tentera Islam dalam peperangan nanti.

Ini bermakna setiap Muslim tidak digalakkan hanya mengharapkan bantuan Allah semata-mata tanpa sebarang usaha terlebih dulu. Ini adalah tawakal dalam Islam yang mensyaratkan daya usaha dan ikhtiar bersungguh-sungguh dalam menjayakan satu matlamat dan akhirnya baru berserah kepada Allah.

Satu pengajaran paling penting ialah kebenaran dan hak akan tetap tertegak, manakala kebatilan dan kepalsuan akan tersungkur.

Allah menegaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik) sekalipun golongan (kafir Musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.” – ( Surah al-Anfal, ayat 8 )

Wahai sauadara-saudari ku Se-Islam, ayuh kita semarakkan roh Badar al-Kubra ini dalam kehidupan kita. Jadikan Allah SWTsebagai satu-satunya sandaran hidup kita. Doa dijadikan senjata utama kita. Hidup dan mati kita hanyasanya untuk mengecapi jannah Allah SWT. Semoga AllH SWT menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini; Ameen.

Kredit buat Engku Ahmad Zaki Engku Alwi di atas sumber penulisan artikel ini.

KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL

***************************************

FREE PALESTINE CAMPAIGN





Seruan untuk menjaga hak-hak Allah

19 07 2008

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KHUTBAH JUMAAT

MASJID WILAYAH JALAN DUTA KUALA LUMPUR

“ MEMELIHARA HAK-HAK ALLAH “

( 18 Julai 2008 / 15 Rejab 1429H )



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperoleh taufik dan hidayah di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: ”MEMELIHARA HAK-HAK ALLAH”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Di zaman Rasulullah SAW pelbagai ujian telah berlaku sama ada ke atas diri baginda, keluarga atau umat Islam ketika itu. Kesemua ujian itu dapat ditangani dengan baik. Berasaskan keadaan itu, Allah SWT mengajar baginda SAW metodologi untuk berhujah dengan kaum musyrik, munafik dan sebagainya. Salah satu kaedah yang dinyatakan dalam al-Quran ialah Mubahalah atau Mula’anah.

Mubahalah bererti pihak yang berbalah saling doa mendoakan untuk membersihkan diri antara mereka supaya diturunkan laknat ke atas salah seorang daripada mereka yang berbohong. Dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW pernah menggunakan kaedah ini setelah diwahyukan oleh Allah SWT sebagaimana di dalam surah Ali Imran ayat 61:

Maksudnya: Maka sesiapa yang membantahmu mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”.

Peristiwa ini berlaku pada tahun kesembilan hijrah di mana beberapa orang utusan Nasrani Najran di Selatan Semenanjung Arab berhampiran Yaman bertandang ke Madinah al-Munawwarah bertemu Rasulullah SAW untuk berhujjah tentang keyakinan batil mereka berkenaan Nabi Isa AS. Meskipun Rasulullah SAW telah memberi penjelasan lengkap mengenai kenabian Nabi Isa AS tetapi puak Najran itu tidak menerima. Lalu Allah SWT meminta Rasulullah SAW supaya mencabar pula mereka dengan bermubahalah. Bagaimanapun puak Najran ini menolak untuk bermubahalah kerana bimbang pembohongan mereka diketahui.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Persoalan besar timbul ialah apakah mubahalah boleh diamalkan dalam membuktikan kes-kes jenayah tanpa melalui proses perundangan?. Kes-kes jenayah Islam seperti pembunuhan, zina, liwat, qazaf, pemberontakan dan sebagainya adalah dikategorikan sebagai hak Allah SWT. Dalam pelaksanaan hukuman bersabit hak-hak Allah ini, sumpah dan mubahalah bukanlah kaedah yang digunakan untuk mensabitkan pesalah. Sumpah digunakan dalam kes-kes bukan jenayah (kes mal) sahaja.

Oleh sebab itu dalam kes jenayah, Islam menentukan prinsip undang-undang tertentu dalam menegakkan keadilan. Tidak ada jalan mudah dan singkat untuk menuduh dan membabitkan seseorang bersalah. Keadilan boleh ditegakkan melalui proses undang-undang. Disebabkan ketinggian sifat kasih Allah kepada manusia inilah, maka kedudukan kita sentiasa dipelihara dengan berbagai-bagai peraturan dan undang-undang supaya umat manusia tidak terus hanyut ditimpa dosa bahkan mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqara ayat 30:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya..”

Inilah kemuliaan yang sangat besar diberikan Allah kepada manusia agar kita dapat memakmurkan bumi ini tanpa sebarang persengketaan atau pertumpahan darah. Namun begitu masih terdapat segelintir manusia yang gagal mematuhi peraturan tersebut. Maka kerana itu undang-undang Allah sangat berkesan mencegah kerosakan didunia ini. Apa pun tanggungjawab setiap umat Islam hendaklah sentiasa memelihara hak-hak Allah dengan terlebih dahulu menjaga akan hak-hak manusia. Antara hak-hak manusia itu adalah menjaga hak beragama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda daripada dirosakan atau menjadi perosak kepada orang lain.Dengan demikian demi untuk menjaga kemakmuran, keharmonian dan keselamatan, maka kita perlu mematuhi dan menghormati undang-undang.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah, mimbar ingin menasihatkan umat Islam bahawa dalam menyelesaikan kes-kes jenayah Islam atau hak-hak Allah SWT hendaklah kita kembali menghormati dan mematuhi prinsip undang-undang mengikut bidangkuasa mahkamah yang telah ditetapkan. Kita perlu ingat jangan mempermain-main dan mempersendakan hukum Allah bagi mengelakkan kemurkaan Allah SWT.

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dan memohon kepada-Nya supaya dipelihara pemimpin dan rakyat jelata dari segala mara bahaya yang membinasakan iman dan akhlak mulia. Semoga keamanan, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat dalam negara kita terus berkekalan. Waspadalah kita dengan ancaman Allah SWT disebabkan kealpaan kita mematuhi segala perintah-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat 6:

Maksudnya:Dan mereka meminta kepadamu disegerakan kedatangan azab sebelum mereka memohon kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku contoh-contoh azab sebelum mereka. Dan sesungguhnya Tuhanmu Amat melimpah keampunan-Nya bagi manusia terhadap kezaliman mereka, dan sesungguhnya Tuhanmu juga Amatlah keras balasan azab-Nya.”





Antara Anwar dan Shabery.

16 07 2008

www.khalidalwalid.wordpress.com

khalidalwalidmk@gmail.com

Salam Rahmah dan Kasih Sayang Allah buat semua.

Alhamdulillah.  Sebuah anjakan yang amat positif untuk politik Malaysia ke arah Malaysia Baru. Ke arah Malaysia yang lebih demokrasi dan terbuka. Hari ini mencatatkan sejarah baru buat dunia politik Malaysia apabila dua tokoh politik yang berlatarbelakangkan dua ideologi politik yang berbeza dapat berdebat di atas satu pentas yang sama untuk membahaskan isu yang menghantui rakyat terbanyak iaitu isu kenaikan harga minyak di Malaysia.

Di atas kapasiti sebagai seorang anak muda Malaysia yang inginkan masa hadapan yang lebih terjamin, sekalung tahniah saya ucapakan buat Agenda Daily kerana berjaya menganjurkan debat yang amat bersejarah ini. Buat Datuk Johan Jaafar syabas saya ucapkan kerana anda berjaya bertindak sebagai seorang moderator yang saksama.

Buat Datuk Ahmad Shabery Cheek (DASC), anda telah membuktikan bahawa anda adalah seorang pemimpin muda yang berani. (berbanding pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini hanya lantang bersuara dari belakang)

Buat Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), tahniah kerana anda telah membuka mata rakyat terbanyak bahawa kita boleh menguruskan negara dengan lebih baik jika korupsi dan ketirisan dapat di bendung.

Tidak lupa ucapan tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana sudi menyediakan ruang untuk perdebatan yang tajuknya “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak.”. Juga TV9, TV3, Astro Awani dan BERNAMA TV kerana bersetuju menyiarkan debat ini secara lansung mahupun secara siaran tertunda. Saya yakin rencang debat ini telah mendapat rating penonton tertinggi.

Mengulas debat ini, secara professional, keberanian DASC sememangnya wajar di puji kerana berani berdepan dengan seorang pemidato yang disegani kawan dan lawan. Walaubagaimanapun, saya amat terkilan di atas tindakan DASC untuk membuat serangan peribadi keatas DSAI. Jelas konsep perdebatan yang dipersetujui tidak dirialisasikan. Apa kaitan antara maudu’ debat kali ini dengan golombang mahasiswa 1974? Isi debat DASC hanya kekadar berteraskan sejarah yang sudah lapok dan basi. Malah, DASC tidak menjawab persoalan yang di utarakan dengan baik. Sering kali terkeluar dari topik perbincangan. Tidak berteraskan kepada fakta atau angka, tetapi lebih bersifat untuk memalukan DSAI.

Solusi penurunan harga minyak yang di kemukakan oleh DSAI pula boleh saya sifatkan rialistik dan praktikal. DSAI jelas menunjulkan fakta dan angka untuk membahaskan kewujudan peluang bagi kerajaan Malaysia untuk tidak mengikut arus kenaikan minyak global. DSAI kelihatan tenang walaupun beliau di serang secara peribadi.

Mekanisme yang beliau tawarkan ternyata bukanlah satu perkara yang mustahil (dipetik dari www.anwaribrahimblog.com berdasarkan hujahan DSAI semasa debat):

1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.

2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.

3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Selain itu, DASC seringkali mengheret perbandingan yang tidak masuk akal apabila membandingkan Malaysia dengan Iran mahupun Venezuela yang harga minyak mereka amat-amat rendah tetapi inflasi mereka amat tinggi. Begitu juga perbandingan diantara Malaysia, Finland dan Norway yang pendapatan perkapita mereka 10 kali ganda berbanding pendapatan perkapita Malaysia. Mengapa perbandingan tidak di buat diantara Malaysia dengan negara yang setaraf dengannya?

Menyentuh proses pemulihan krisis ekonomi 1997, sekali lagi DASC menyerang DSAI dengan mengatakan jika DSAI menjadi PM Malaysia di masa itu, pasti negara ini akan bankrupt di tindas oleh polisi IMF. Cuba kita lihat dimanakah kedudukan negara-negara yang nazak setaraf dengan Malaysia semasa itu seperti Singapura, India, China dan Korea Selatan. Kini mereka lebih maju dan berdaya saing berbanding negara kita Malaysia yang seringkali di gambarkan sebagai amat stabil ekonominya.

Sebagai penutup, apakah perlu Malaysia tunduk kepada arus kenaikan minyak global dikala kita punya cara untuk tidak berbuat sedemikian? Kita harus berani untuk berbeza kerana kita mampu untuk berbeza. Tidak perlu untuk kita membelenggu fikiran rakyat dengan isu kenaikan minyak global yang menyebabkan subsidi di tarik sepertimana di gembar-gemburkan media massa. Saya yakin rakyat Malaysia pasti sudah cerdik untuk menilai kebenaran mahupun kebatilan. Semoga kebenaran akan tertegak suatu hari nanti. Wallahu ‘alam. Wassalam.

KHALID AL –WALID MUSTAFA KAMIL