TARBIYYAH ISLAMIYAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID – Bhg 2

25 12 2008

Assalamualaikum wbt. Ikuti sambungan Tarbiyyah Islamiyah Melahirkan Mukmin Mujahid berikut.

Proses Tarbiyyah mesti berterusan

Proses Tarbiyyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim. roads

Menurut Al Syeikh Mustafa Masyhur bahawa Tarbiyyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).” (HR Al Baibaqi)

2445253675_74debfb0581lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

“Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.” (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Faktor kejayaan Tarbiyyah Islamiyyah

Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyyah Islamiyyah, antaranya :

i. Keyakinan sepenuhnya bahawa Tarbiyyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan. Melalui Tarbiyyahlah Rasulullah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. Jalan Tarbiyyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.

ii. Hanya Tarbiyyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses dan perancangannya.

iii. Tarbiyyah Islamiyyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.

Sekian dahulu buat masa ini. Ikuti sambungan faktor-faktor kejayaan Tarbiyyah Islamiayah  seterusnya di entry akan datang. InshaAllah.

KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL

Advertisements




TARBIYYAH ISLAMIYAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID – Bhg 1

23 12 2008

banting-copy2 Tarbiyyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya InshaAllah dapat diperolehi dengan Tarbiyyah. Tarbiyyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan masyarakat sekitar serta berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da’i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-‘Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada Tarbiyyah Imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah (amalan rohiyah) semata-mata tanpa menghiraukan tipu daya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;

“Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga” (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Hasan al-Banna pernah menyebutkan:

“Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat.”

Sabda Rasuluilah SAW:

“Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.”

Serendah-rendah tingkat jihad itu ialah dengan cara membantah (tidak redha) di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyyah lmaniyah, lnshaAllah.

~ Sekian dahulu buat kali ini. Kita sambung topik ini di masa akan datang. InshaAllah.

KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL.