ADVERTISEMENT

LATEST UPDATE (6th January, 2009)

Assalamu’alaikum w.b.t. Dear Brothers.

Di sini, saya ingin memaklumkan anda semua bahawa satu keputusan telah di buat oleh pihak HALUAN SISWA pada 3hb Januari yang lepas untuk menukar design BAJU KORPORAT HALAUN SISWA kepada design yang baru yang lebih menarik dan terampil bagi mencerminkan identiti mahasiswa yang lebih bertenaga dan berhamasah tinggi. Pihak kami masih dalam rangka menunggu qoutation daripada pihak kilang untuk tujuan penempahan baju ini.

Cara tempahan:

  1. Sila buat tempahan dengan menghantar emel ke khalidalwalidmk@gmail.com dengan menyertakan bersama nama penuh anda, ipt dan tahun pengajian, no telifon anda, alamat pengeposan serta no transaksi cash deposit anda.
  2. Masukkan wang deposit untuk tujuan tempahan  sebanyak RM35 ke akaun BIMB 010-9602005336-3 di atas nama KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL sebelum 20hb, Januari, 2009. Tempahan akan di kira hanya apabila kami menerima deposit tempahan tersebut melalui emel yang seperti perkara 1. di atas.
  3. Pihak kami akan menghubungi pihak anda apabila baju tersebut sudah siap untuk di pos. Urusan pos hanya akan diuruskan apabila anda sudah membayar baki harga baju tersebut + kos penghantaran (oleh di runding).

Berikut adalah design baju tersebut:

hs-1-copy

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BAJU KORPORAT HALUAN SISWA

(latest update on 27hb. Disember, 2008)

Assalamu’alaikum w.b.t. Sahabat-sahabat yang Allah Rahmati, InshaAllah HALUAN SISWA akan menempah baju korporat HALUAN SISWA 2009. Design di bawah telahpun di luluskan secara dasar oleh delegasi JUNDI ’08. Walaubagaimanapun, antum masih lagi boleh memberi sumbang saran untuk penambahbaikan design tersebut. Sila sebar luaskan ‘ads’ ini kepada sahabat-sahabat HALUAN SISWA untuk mempercepatkan proses penempahan baju ini. kami menganggaran harga sehelai baju ini dalam lingkungan RM50 – RM60 sehelai. InshaAllah.

bajuhs-copy2

samplesize

18 responses

24 12 2008
ahmadfath

salam…overall mmg lawa la design baju nih…
cma cdangan skit bndera malaysia tu lawa tak klau ltak belah kanan dada??
biar lengan kosong…
tp design ni pun ok…
ble bleh tempah ni?

24 12 2008
Sulaimi Abidin

bagi ana da ok…cuma nak tanya, bju yg antum pakai long sleve merah tu g mana?? pun lawa gk…

24 12 2008
humayra

Assalamualaikum..
baju ni utk siswa shja ke? utk siswi ada tak?

24 12 2008
Muzakkir

Erm..hitam banyak sangat..nanti panas pulak,..kenapa tak buat baju yang merah seperti JUNDI tuh?

24 12 2008
muhammad

stuju…

24 12 2008
Pakcik YN

Salam a`alaik…

masyaAllah, sungguh terpegun pakcik. Tahni’ah atas usaha antum sediakan identiti khas Haluan Siswa. Satu langkah yang sangat penting untuk kesatuan dan penyatuan kerja di saf kampus. Mampu menaikkan syuur bekerja dan membentuk gerakkerja perkaderan yang teratur bila kita berpakaian seragam sebegini. Pakcik doakan kejayaan buat antum semua, siswa dan juga siswi.

Syabas sekali lagi.

Pakcik YN

24 12 2008
Epson02

Salam
baju yang antum pakai semasa ke Indonesia baju HALUAN SISWA juga ke?Atau baju prototaip?

boleh ana tahu jenis kain yang digunakan..
ana cadangkan tambah poket di hadapan,senang bila kita berurusan.nak letak nota etc…

-LmJ

24 12 2008
BroHamzah

Assalamualaikum, design mantop! Mcm pernah tengok sahaja. Ana tempah satu..

25 12 2008
khalidalwalidmk

Respon to BroHamzah
Wassalam. design memang mantop. inspired by yang mantop gak. ok, ana count in anta. InshaAllah ana akan upload saiz baju dan ukuran supaya semua orang akan berpuas hati.
KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL

24 12 2008
ice_cube

Alhamdulillah, cadangan yang baik… tapi ana hajatkan kepastian, baju ini ialah baju kemeja atau t-shirt, kan? Tempahan hanya dibuka untuk lelaki sahaja atau semua? Wallahua’lam… Jazakallahu khairan kathira…

25 12 2008
khalidalwalidmk

Respon to Ice_cube, Epson02 (LmJ), Pc YN, Muzakkir, Humayra, Sulaimi Abidin, ahmadfath.

Salam Rahmat & Kasih Sayang Allah buat kalian,
1 – InshaAllah for the time being baju ni untuk ikhwah sahaja. Untuk akhwat, kalu ada permintaan, ana akan cuba dapatkan cadangan dari akhwat. ( respon to humayra)

2 – Baju ni adalah jenis kemeja, kain viscose cotton & ada poket depan sebelah kiri, tapi poket ke dalam & bukan tampal kt luar. InshaAllah akan tempah di seberang memandangkan qualiti dan harga lebih murah. Kami merancang utk tempah t-shirt jg, dlm masa terdekat. InshaAllah. ( respon to ice cube & LmJ)

3 – Bendera Malaysia letak dekat lengan spya kat kanan boleh sulam nama tuan empunya baju. (ahmadfath)

4 – Baju putih merah yg kami pakai semasa JUNDI adlah cubaan pertama kami. boleh katakan sebagai prototaip ja. masih ada satu helai yg tak bertuan. saiz XXL. sapa nk boleh hbgi ana. kain baju merah putih tu polyster, so panas la jugak kami pakai semasa JUNDI. So, this time around, kami akan pilih kain yg lebih nipis dan sejuk; viscose cotton yg plg sesuai. (respon to Sulaimi & LmJ)

5 – Warna hitam sebelah bawah sahaja. dari paras atas perut sampai bawah. InshaAllah tak panas. (respon to Muzakkir)

6 – Doakan kami untuk terus istiqomah mengerakkan dakwah kampus. Semoga segala amalan kita di terima Allah. Ameen. (respon to Pc YN)

Jazakallahu khairan kathira for your respons…

KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL

25 12 2008
siddiq trg

salam..
sesape je yg boleh beli bj ni..?
rase berkenan plak nak bli…
semua ahli haluan yang de kat u jer ker??
jazakallah

25 12 2008
khalidalwalidmk

Salam, Baju haluan siswa boleh di beli oleh ahli2 haluan siswa yg sedang belajar di inst. pengajian tinggi.

25 12 2008
BroHamzah

Salam, Khalid. Pastikan saiz baju itu betul-betul dengan yang kita tempah.Bimbang saiz lari pula.Ana cadangkan anta war-warkan dalam perjumpaan kita pada 3-4 Jan ini.

27 12 2008
syimi

ble boleh tempah?

27 12 2008
khalidalwalidmk

InshaAllah, by jan 10th kita akan mula kutip tempahan dgn deposit rm35. ana akan maklumkan di blog ini dlm masa terdekat. ikuti perkembangan iklan dari masa ke semasa. jazakallah.

2 01 2009
amir_mukashah

Design tu cam biasa tgk je.. leh kata 100% sama. kenape ikut org? kenapa tak naikkan identiti sendiri? sekadar menanya. nway design bagus. may be lepas ni boleh buat pula kasual jaket putih-hitam-kuning pula.

6 01 2009
pemuda gua

Salam.. wah syabas2.. ana minat due2 sekali. Minta tolong letakkan nama ana ya. Design yang paling atas tu nampak menarik juga^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: