ISU KARTIKA… RESPON TANPA SIASAT?

4 09 2009

dn_21_1

Kes Kartika menjadi perbualan ramai dan juga menjadi cabaran yang kuat buat Sistem Kehakiman Syariah di negara kita. The so called NGO-NGO yang menjaga hak-hak wanita, Majlis Peguam dan juga Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat mengatakan hukuman ini zalim dan berlanggaran dengan nilai-nilai hak asasi manusia. Cuba bandingkan dengan hukuman sebatan sivil (sampai berdarah kelaur kulit) dengan hukuman sebatan syariah berikut.
Cara perlaksanaan (mode of execution) hukuman tersebut telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang antara lain memperuntukkan bahawa:

cane8
1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.

4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.

5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk

7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

8. Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.

9. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.

10. Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.

Jadi, marilah kita nilai dan timbangkan, adakah hukuman yang berlandaskan syariah ini lebih zalim dari hukuman sivil yang digunapakai oleh sistem sivil. Sebelum kita memberi respon terhadap sesuatu perkara itu… selidik lah dahulu. Jangan menampakkan kejahilan semata-mata kerana hendak popular di atas tiket hak asasi manusia dan pelindung hak wanita.

Actions

Information

One response

29 11 2009
ustaz shah

bila syara` tidak menjadi yang pertama, maka akan hancur segalanya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: