TERBARU! Perubahan design baju korporat HALUAN SISWA 2009 & cara membuat tempahan.

6 01 2009

LATEST UPDATE (6th January, 2009)

Assalamu’alaikum w.b.t. Dear Brothers.

Di sini, saya ingin memaklumkan anda semua bahawa satu keputusan telah di buat oleh pihak HALUAN SISWA pada 3hb Januari yang lepas untuk menukar design BAJU KORPORAT HALAUN SISWA kepada design yang baru yang lebih menarik dan terampil bagi mencerminkan identiti mahasiswa yang lebih bertenaga dan berhamasah tinggi.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari https://khalidalwalid.wordpress.com/advertisement/
Jazakumullahu khairan kathira.

“HALUAN SISWA … Bersahsiah, Dekat dan Bermakna”

With regards,
KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL


Actions

Information

3 responses

6 01 2009
raja azman

ana berminat nk bli…. tp mcm mna nk tmpah????

6 01 2009
khalidalwalidmk

Sila layari blog ana. ana ada brth cara2 tempahan. jzkallah.

19 08 2009
Ar.fauhus

21 ogos setiap tahun merupakan Hari Al-Quds Sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjid Al-Aqsa yang disucikan.Begitulah nasib tanah suci Umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh “Israel” Sang Perampas.

Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.

Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis “Israel” yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian kita, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan utama yang akan menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk mewar-warkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam. Kita berharap progam ini akan menggerakkan masyarakat yang sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada meeka yang berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanahairnya, kesucian dan maruahnya dan umatnya. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: