Presiden HALUAN menyeru Umat Islam Di Malaysia Membantu Palestin

31 12 2008

pres-plstn-1Presiden HALUAN, Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman menegaskan bahawa permasalahan Palestin adalah permasalahan kita bersama. Beliau memetik ayat Al Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al-Hujurat:10)

Dan maksud Hadith Rasulullah saw.
Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka.

Menurut beliau lagi, apa yang sedang berlaku di Gaza semejak Sabtu yang lepas adalah merupakan satu mesej kepada umat Islam agar bersegera bangkit dan memperbabarui iman dan ketaqwaan kita agar kita mempunyai kekuatan yang sebenar dalam berhadapan dengan cabaran dan ancaman. Kebiadapan dan kekejaman Yahudi telah melampaui batas tercetus disebabkan umat Islam kehilangan kekuatan yang sebenar, iaitu iman dan hubungan yang tinggi kepada Allah swt. Kesannya umat Islam tidak ada keupayaan untuk bertindak, malahan ada kalangan umat Islam yang tidak kisah dan tidak peduli dengan apa yang berlaku di Gaza.

Seruan beliau disampaikan dalam satu majlis Sempena Maal Hijrah 1413H yang dianjurkan oleh HALUAN Kelantan di Sekolah Rendah Agama Hilal, Kota Bharu, pada 29 Disember yang lepas.

Majlis tersebut dimulai dengan Solat Isyak bersama dan disusuli dengan solat hajat untuk rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Majlis diteruskan dengan kuliah ringkas berkenaan Palestin dan maklumat terkini dari bumi Gaza, kemudian majlis diakhiri dengan ucapan dari Presiden HALUAN.

Pada malam tersebut juga Dr. Abdullah menyeru agar HALUAN mengaktifkan kembali  Tabung Palestin HALUAN. Pada tahun lepas, HALUAN telah menyerahkan sumbangan kepada Perwakilan Palestin di Mesir yang disampaikan sendiri oleh Dr. Abdullah.

Alhamdulillah pada malam kelmarin, HALUAN Kelantan berjaya mengutip RM1400.00 dari hadirin yang hadir.

Solat Hajat Untuk Gaza di seluruh Cawangan HALUAN

Presiden HALUAN menyeru agar seluruh Cawangan HALUAN Malaysia menganjurkan Solat Hajat bagi memohon keselamatan dan pertolongan dari Allah swt terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza yang terrus menerus di bedil oleh Israel semenjak Sabtu lepas.

Seruan tersebut telah ditegaskan oleh Presiden HALUAN di Kota Bharu, pada 29 Disember lepas sempena majlis Solat Hajat Untuk Gaza yang dianjurkan oleh HALUAN Kelantan di Sekolah Rendah Agama (SERU) Hilal. Sekitar dari 150 ahli HALUAN Kelantan hadir dalam majlis tersebut.

Seruan Presiden HALUAN telah disambut segera oleh cawangan-cawangan HALUAN yang telah mengadakan solat Hajat bermula malam Selasa yang lepas, antaranya HALUAN Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Pahang. Sementara HALUAN Selangor telah mengadakan solat Hajat bersama-sama masyarakat di Masjid Putra, Putrajaya pada malam tadi, Rabu 31 Disember.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: