ADAKAH SAYA SAMA DENGAN ANDA?

11 09 2008

Reaksi terhadap isi sensitif.
https://khalidalwalid.wordpress.com
khalidalwalidmk@gmail.com

{Semalam adapter router internet rumah saya blow di sebabkan eletrik di rumah kurang stable. Decoder astro pun blow juga. So, tak dapat up date entri. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghantar  makcik suadara saya ke KLIA untuk menunaikan ibadah umrah. Jadi saya sempat untuk menggunakan perkhidmatan wifi free di KLIA. Semoga kita semua dapat manfaat daripada entri di bawah}

Alhamdulilah, Allah masih mengurniakan masa lapang buat saya mencoret sedikit keluhan minda. Minda ini seakan-akan meronta-ronta untuk tampil bersuara. Bukan apa, dah muak isu ini sengaja disensasikan.

Hari ini sempat saya membelek sisipan akhbar utusan. Terdetik dalam benak fikiran saya, tiap-tiap hari cerita sama saja. Kaum itu hina kaum ini. Kaum ini kutuk kaum itu. Isu sensitif memenuhi dada akhbar. Mengapa soal ini sentiasa di sensasikan?

Teringat saya bagaimana sejarah membuktikan dunia ini pernah tidak bersempadan. Islam memayungi segala bangsa di atas muka bumi. Islam bukan eksklusif buat bangsa Arab, Melayu atau Jawa. Islam diturunkan sebagai Rahmah lil ‘alamin. Bukankah Islam itu untuk sekalian makhlukNya, manusia mahupun alam ciptaan Allah.

Bayangkan, bagaimana seorang bangsawan seperti Saidina Omar bisa memerdekakan Bilal, seorang hamba Habshy yang hitam kulitnya? Bagaimana Abdul Rahman Bin Auf bisa di tawarkan isteri dan harta oleh saudara Ansarnya? Bagaimana deen Islam bisa di terima oleh bangsa Arab, Parsi, Rom, Cina, India, Melayu dan sebagainya? Bagaimana orang Islam, Kristian dan Yahudi bisa tinggal di bawah kekuasaan Islam? Sinar hidayah Islam terbukti telah memanyungi 2/3 dunia.

Bagaimana semua hal ini bisa terjadi? Kan Allah ada mengatakan bahawa Allah jadikan manusia itu terdiri dari lelaki dan perempuan serta terdiri dari berbilang bangsa adalah untuk kita saling berkenalan antara satu sama lain serta untuk kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Buat sahabat-sahabat para tetamu, sebagai seorang Muslim ynag cintakan deennya, ayuh kita perbetulkan persepsi orang bukan Islam yang telah disalah tafsirkan oleh orang-orang yang berkepentingan. Kita adalah para du’at yang bertanggungjawab untuk menyebarkan risalah ini. Sekalian manusia adalah mad’u kita. Baik Melayu, Cina, India mahupun Kadazan dan Iban. Islam tidak terhalang oleh batasan bangsa, darjat dan warna kulit. Yang terbaik di sisi Allah hanyalah orang yang bertakwa.

Bagi saya, sesuatu bangsa itu tidak akan tinggi martabatnya kalau bukan dengan Islam. Melaka terkenal pada zaman dahulu kerana datangnya para du’at dari tanah arab membawa Islam bersama mereka. Kan Melaka pernah digelar Serambi Mekah? Menjadi tumpuan manusia mencari hidayah Allah. Laksamana Cheng Ho menjadi lebih terkenal setelah memeluk Islam dan bertindak sebagai duta Islam berlayar di lautan luas. Bilal diangkat darjatnya dengan adanya Islam sebagai cara hidupnya. Semua menjadi hebat hanya kerana adanya Islam.

Tetapi, keadaan hari ini sudah berubah. Islam sering kali disalah ertikan oleh bangsa lain. Persepsi ini timbul kerana para muslim pada hari ini tidak mencerminkan peribadi Islam yang sebenar. Kesalah tafsiran orang bukan Islam terjadi disebabkan oleh peribadi muslim sendiri. Oleh itu, wahai muslimin, jagalah sahsiahmu. Jadikan setiap orang disekeliling kamu sebagai mad’u mu tanpa mengira bangsa, darjat mahupun arna kulit. Buangkan prasangka di antara kita kerana prasangka itu adalah sifat utama syatan laknatullah. Wallahu’alam. Wassalamu’alaikum w.b.t.

KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL

***********************************************************

FREE PALESTINE CAMPAIGN



Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: