HALUAN MALAYSIA lancarkan laman web HALUANPalestin

1 01 2009

haluanpalestin-copy

Alhamdulillah, baru beberapa minit yang lalu, HALUAN MALAYSIA melalui Biro Pemudanya berjaya melancarkan Laman Web HALUANPalestin. Kewujudan laman web ini merupakan salah satu usaha HALUAN MALAYSIA menjadikan isu Palestin sebagai isu yang evergreen dan menjadi sensiviti ummah. Ini merupakan satu usaha untuk mewujudkan kesedaran yang sebenar kepada masyarakat berhubung betapa pentingnya Ummah ini perlu memperjuangkan kebebasan Palestin. Isu Palestin bukanlah isu bangsa Arab dan Bangsa Palestin sahaja, ia adalah isu aqidah ummah Islam. Ia adalah kiblat pertama ummah Islam. Ia adalah tanah suci ketiga ummah Islam. Ia adalah bumi Isra’ wal mi’raj dan Allah telah mengangkat kawasan sekitarnya sebagai kawasan yang diberkati oleh Allah.

HALUANPalestin adalah satu usaha Biro Pemuda HALUAN Malaysia untuk mendokong perjuangan membebaskan Palestin daripada pencerobohan dan kekejaman rejim zionis Israel laknatuLlah.

Objektif:

Membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar mengambil berat terhadap perjuangan bangsa Palestin meraih kemerdekaan, khususnya dalam menjaga kesucian Masjid Al-Aqsha.

Peranan:

  • Membantu perjuangan bangsa Palestin untuk bebas dari penjajahan Zionis Israel dalam bentuk sokongan moral mahupun material.
  • Menanamkan serta membangun semangat Ukhuwah Islamiyah rakyat Malaysia terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
  • Membantu penyebaran informasi tentang perkembangan semasa rakyat Palestin dan masjid Al-Aqsha.
  • Mewujudkan tabung dana Palestin untuk disalurkan kepada pihak berkewajipan di Palestin untuk meringankan beban mereka.
  • Mewujudkan projek-projek kebajikan samada dalam bentuk pendidikan atau perkhidmatan kepada mangsa pelarian Palestin di persempadanan.

Oleh itu, marilah kita lawati laman HALUANPalestin di  http://haluanpalestin.haluan.org.my untuk mengetahui perkembangan dan berita serta artikel terkini berhubung Negara Palestin. Semoga kewujudan laman web ini dapat menyumbang kepada penyebaran kesedaran yang sebenar. Wallahu’alam.

KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL





APA DAH JADI DENGAN UMAT ISLAM HARI INI?

1 01 2009

Sebuah Sentuhan:

http://khalidalwalid.wordpress.com/

khalidalwalidmk@gmail.com

Salam Rahmah Dan Kasih Sayang Allah Khas Buat Para Du’at dan Pejuang Deenul Haq!

AKU KELIRU DAN TERTANYA-TANYA. Adakah umat ini tidak punya hati dan perasaan? Mengapa mereka amat-amat tidak sensitif? Adakah Allah telah tarik nikmat hati dan perasaan dari dalam jiwa mereka?

Mengapa aku berkata begini? Apa tidaknya, sebentar tadi aku sempat menonton berita edisi jam satu di saluran NTV7, terasa bagai umat ini seakan-akan sudah tidak punya hati dan perasaan. Tatkala saudara seIslam kita di Palestin di bantai, di belasah, di ganyang dan di bunuh habis-habisan, umat Islam di seluruh dunia berkumpul beramai-ramai di dataran-dataran menyambut tahun baru.

Ibu bapa seawal 6 petang membawa anak kecil ke dataran untuk menyambut tahun baru. Apabila di temuramah, dengan bangga mereka berkata, “Saya berasa amat seronok kerana dapat bersama-sama anak dan isteri menyambut tahun baru bersama-sama, menonton konsert, menyaksikan petunjukan bunga api dan melihat gelagat manusia”

Ada yang berkata “Saya berasa amat bangga kerana Malaysia amat aman dan harmoni. Tak da peperangan dan kekacauan. Tak macam di Thailand, Iraq dan Palestin.”

Yang ain ada berkata “Saya akan datang lagi tahun hadapan ke dataran merdeka untuk menyambut Tahun Baru dan Malam Merdeka.”

HAH! APA SEMUA INI!

Tatkala 14 buah rumah di Bukit Antarabangsa di timbus tanah runtuh, 4 orang terkorban dan beberapa orang tercedera, seluruh Malaysia kaget dan bersedih. Seluruh tumpuan di fokus ke kawasan bencana. Aku tidak kata ini salah, betul dan benar tindakan kita semasa itu. Hari Raya Korban di sambut sederhana untuk menghormati peristiwa tersebut, tetapi betul dan benarkah tindakan kita pada hari ini, Bukan 14 buah rumah yang di musnahkan, tetapi ratusan rumah dibedil bom Israel laknatullah. Sehingga kini (di saat aku menulis entri ini) lebih 400 jiwa sudah terkorban dan bukan 4 orang! Ribuan yang cedera parah dan tidak dapat dirawat dengan sempurna di sebabkan kekurangan bekalan perubatan.

Tetapi, kita sibuk meraikan ketibaan tahun baru. Suasana penuh kegembiraan dan kemeriahan dirasakan di dalam setiap jiwa yang meraikan. Aman dan seronok. Tiada ketakutan dan kesedihan. Tetapi apabila umat manusia di seluruh dunia tanpa kira bangsa dan agama berhimpun menunjukkan bantahan terhadap pembantaian Israel Laknatullah terhadap umat Palestin, mereka di tangkap dan pukul oleh pihak berkuasa. HAH SALAHKAH mereka? Apa semua ini?

Ayuh Umat Islam, cuba kita tanya pada diri kita, adakah sumbangan kita buat umat ini. Apakah kita sudah cukup mendidik jiwa dan diri kita untuk menghadapi sebarang ujian Allah? Adakah diri kita, keluarga kita mahupun masyarakat kita sudah cukup sensitif terhadap saudara-saudara seIslam kita di seluruh dunia? Rasulullah bersabda “ Tidak beriman seseorang kamu melainkan kamu mengasihi apa yang ada pada saudara kamu sepertimana kamu mengasihinya.” Ayuh marilah kita muhasabah di tahap manakah iman kita? Marilah kita sama mendoakan saudara-saudara kita di Palestin. Marilah kita melazimi QUNUT NAZILAH dan doa memohon munajat kepada ALLAH agar menhancurkan zionis Yahudi dan Israel laknatullah… pada masa ini dan saudara kita diserang hebat oleh mereka yang tidak perikemanusiaan..

قنوت النازلة – اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ ِفي نُحُورِ أَعْدَائِنَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَدِّدْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ… يَا جَبَّارُ… يَا مُنْتَقِمُ! يَا اللهُ ) 3 مرّات ( اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَاب…وَيَا مُجْرِيَ السَّحَاب…ويا هَازِمَ الأَحْزَاب… اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا

عَلَيْهِمْ

Wallahu’alam.

Salam Dakwah dan Tarbiyah,

KHALID AL-WALID BIN MUSTAFA KAMIL