31 12 2008

Kenyataan Sekretariat HALUANPalestin

Sekretariat HALUANPalestin HALUAN Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel membedil dan membunuh rakyat Palestin di Gaza. Serangan yang bermula semenjak Sabtu, 27 Disember telah mengorban banyak nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda. Tindakan Zionis Israel membedil Gaza dan melancarkan serangan yang membabi buta terhadap rakyat yang sedang memperjuangkan bumi dan kehormatan bangsa amat mendukacitakan dan di luar batas keperimanusiaan.

Sekretariat HALUANPalestin menyeru dengan segenap kekuatan menolak dan menentang tindakan keji dan kejam Israel, diskriminasi dan konspirasi yang dilakukan kepada penduduk Palestin, khususnya di Gaza.

Sekretariat HALUANPalestin menyeru:

  1. Kepada segenap umat dan bangsa Arab dan Islam … mulai saat ini, bersegeralah membantu dan mendukung perjuangan warga Palestin, berkorban demi kesucian negeri Palestin; untuk melawan kebiadaban Zionis dan tindakan pembantaian yang kejam terhadap  bangsa Palestin dengan jelas dan terang-terangan.
  2. Kepada Persatuan Parlimen Arab dan Islam… harus bertanggungjawab terhadap peristiwa yang terjadi dan berdiri dalam satu barisan bersama umat dan membatalkan hal-hal yang berkaitan dengan kesepakatan perdamaian bersama musuh zionis.
  3. Kepada pemerintah dan pemimpin Arab dan Islam.. hendaklah menunaikan tugas dan kewajibannya, seperti:
    • Berdiri tegak bersama umat dalam menolak perilaku zalim dan kejam zionis, dan memberikan bantuan untuk para penduduk di Palestin.
    • Memutus hubungan atau segala bentuk komunikasi langsung atau tidak langsung dengan zionis dan sekutunya.
    • Menerapkan semangat kesepakatan dalam negara Islam dan bersegera bersatu untuk mempertahankan bumi Palestin.
    • Memberikan bantuan segera kepada rakyat Palestin samada dari segi perubatan, kewangan, bekalan makanan, bantuan kemanusiaan dan ketenteraan dengan kadar segera.

Hendaknya Zionis teroris menyedari bahawa mereka tidak akan mampu membendung dan menghentikan semangat rakyat Palestin mempertahankan bumi mereka sedikitpun sebaliknya mereka akan mendapat kehinaan dan kehancuran.

Sekretariat HALUANPalestin

Anda boleh menyumbang kepada usaha Sekretariat HALUANPalestin untuk projek bantuan mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis di Palestin melalui

Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
No Akaun: 14-023-01-003429-2
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad





Menentang pembantaian di Gaza [Demo Marak di Negara-Negara Islam]

31 12 2008
Menentang pembantaian di Gaza
Demo Marak di Negara-Negara Islam
[ 28/12/2008 - 11:47 ]

salah satu spanduk dalam demo di Kairo

Laporan Khusus – infopalestina: -Ratusan anggota persatuan organisasi profesi, sejumlah elemen politik Mesir, anggota parlemen dari oposisi dan Ikhwanul Muslimin (IM) berkumpul memadati depan halaman Darul Hikmah di pusat kota Kairo kemarin, Ahad (28/12) menentang pembantaian yang dilakukan Zionis Israel di Jalur Gaza.

Para peserta unjuk rasa menyampaikan kemarahannya atas kelambanan Mesir dan kebisuan Arab dalam menyikapi pembantaian jahat itu. Aparat keamanan sudah membuat barikade keamanan sehingga menyebabkan separuh jalan yang dipakai unjuk rasa ditutup. Melihat aksi itu, secara spontan, warga biasa, pejalan kaki dan sejumlah mahasiswa ikut dalam aksi tersebut.

Dalam tuntutannya para peserta unjuk rasa menegaskan pembukaan perlintasan Rafah sangat darurat dilakukan, mengizinkan kafilah bantuan kemanusiaan kepada warga Gaza yang menjadi korban kekejaman Zionis Israel dan membuka pintu jihad kepada umat Islam di negara Arab dan Mesir. Mereka menyatakan siap mengorbankan jiwa raga demi membela bangsa dan rakyat Palestina.

Peserta demo mengangkat spanduk yang bertuliskan diantarannya, “Dengan jiwa dan darah kami berkorban untukmu, Palestina”, “Hai Menlu Mesir, Anda itu menteri Mesir atau menteri Israel”, “Hamas bertahanlah, kamu senapannya dan kami pelurunya”, “Hai Mubarak, jawab, Anda bersama kami atau musuh kami”, “Syeikh Azhar, kenapa Anda diam melihat apa yang terjadi di Gaza”, “Hai Abul Ghet, hai pecundang, hai antek Amerika,” dan berbagai spanduk yang isinya menentang pembantaian di Gaza.

Demo di Damaskus

Sementara itu, puluhan ribu warga Suriah dan Palestina yang menjadi pengungsi disana, melakukan aksi unjuk rasa di lapangan asy syahid Yusuf al azdmah, pusat ibukota Damaskus kemarin, Ahad (28/12) menentang pembantaian di Gaza.

Peserta unjuk rasa meneriakkan yel-yel dukungan kepada pejuang Palestina dan memintanya untuk meningkatkan serangan balasan ke Israel. Mereka menentang kebisuan Arab, khususnya pihak Mesir.

Dalam kata sambutannya, juru bicara Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri mengatakan:”Wahai putera Palestina dan Suriah, Anda hari turun ke jalan untuk menyatakan kepada pelaku blokade Gaza dan yang ikut didalamnya bahwa Gaza tidk sendirian dan umat Islam tidak akan rela melepaskan Gaza kepada musuh-musuhnya.”

Dalam sambutannya itu, Abu Zuhri menjelaskan bahwa apa yang terjadi di Gaza adalah perang karena senjata-senjata perang yang digunakan adalah senjata-senjata perang dunia. Namun walau demikian, lanjut Abu Zuhri, Gaza akan tetap kokoh, “Walau Anda berhasil membunuh kami namun Anda tidak bisa membasmi kehendak dan keinginan kami,” tambah Abu Zuhri menantang Israel.

Demo di Iran

Sejumlah anggota parlemen Iran kemarin, Ahad (28/12) melakukan aksi unjuk rasa di ibukota Teheran, tepatnya di lapangan Filistin menentang pembantaian di Gaza.

Koresponden infopalestina di Teheran menyebutkan bahwa ratusan anggota majelis syuro Islam Iran, khususnya ketua majelis, Dr. Ali Larijani, ikut dalam aksi itu. Mereka menentang kebisuan dunia internasional atas apa yang tengah terjadi di Gaza.

Dalam pidatonya, Larijani mengatakan bahwa siapa saja yang mengikuti perkembangan Zionis Israel dan Amerika selama beberapa tahun lalu, pasti menemukan kemunduran yang pesat sekali. Serangan Israel ke Jalur Gaza, sambung Larijani, tak lain menunjukkan kriris yang dialami entitas negara Yahudi tersebut.

Ketua parlemen Iran itu menegaskan bahwa “Zionis Israel bersama rekan-rekannya melakukan kesalahan ketika merasa mampu menghapus Hamas dari medan Palestina. Basis Hamas sangat mengakar di masyarakat Palestina, kalaupun hari ini dilakukan pemilu Hamas meraih kemenangan besar.” (AMRais)





“TRAINING FOR TRAINERS” AKTIVIS HALUANPALESTIN

31 12 2008

Salam… Daftar awal, tempat terhad. layari www.haluan.org.my

“TRAINING FOR TRAINERS”

AKTIVIS HALUANPALESTIN

Tarikh:

17 Januari 2009 (Sabtu)

20 Muharam 1430H

(8.00 pagi – 6.45 ptg)

Tempat:

Masjid Putra, Putrajaya

OBJEKTIF

  • Mewujudkan sekretariat HALUANPalestin peringkat pusat & negeri.
  • Melatih peserta memahami isu dan permasalahan Palestin
  • Melatih peserta menjadi aktivis kepada isu dan permasalahan palestin di peringkat negeri dan pusat.

KUMPULAN SASAR

1. Terbuka kepada ahli HALUAN

2. HALUAN Siswa

3. Terbuka kepada orang ramai yang berminat

MODERATOR:

1. Dr. Muqoddam Chowil, Ketua Umum, Komite Nasional Rakyat Palestina (KRNP), Jakarta Indonesia.

BAYARAN PENYERTAAN

Bayaran untuk mengikuti bengkel ini ialah RM20.00 seorang bagi yang bekerja dan RM5.00 seorang bagi mahasiswa.

HALUAN Pusat: Sdr. Mohd Razali Maarof (019 333 8484)

Wakil Zon Wilayah Tengah: Ustaz Noorkhairan Nordin (019-2996018)

Wakil Zon Selatan: Dr. Arbain Syawal (016-710 1062)

Wakil Zon Timur: Sdr. Ruqaimi Rabbani Abdulah (019-750 7710)

Wakil Zon Utara: Sdr. Abd Rahman Daud (019-518 0937)

HALUANITA: Dr. Suraiya Ibrahim (019-650 7170)

HALUANSiswa: Ustaz Ali Irfan (019-526 3264)

Atau Layari: www.haluan.org.my

Email: sekretariat.haluanpalestin@gmail.com

*****************************************************





Presiden HALUAN menyeru Umat Islam Di Malaysia Membantu Palestin

31 12 2008

pres-plstn-1Presiden HALUAN, Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman menegaskan bahawa permasalahan Palestin adalah permasalahan kita bersama. Beliau memetik ayat Al Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al-Hujurat:10)

Dan maksud Hadith Rasulullah saw.
Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka.

Menurut beliau lagi, apa yang sedang berlaku di Gaza semejak Sabtu yang lepas adalah merupakan satu mesej kepada umat Islam agar bersegera bangkit dan memperbabarui iman dan ketaqwaan kita agar kita mempunyai kekuatan yang sebenar dalam berhadapan dengan cabaran dan ancaman. Kebiadapan dan kekejaman Yahudi telah melampaui batas tercetus disebabkan umat Islam kehilangan kekuatan yang sebenar, iaitu iman dan hubungan yang tinggi kepada Allah swt. Kesannya umat Islam tidak ada keupayaan untuk bertindak, malahan ada kalangan umat Islam yang tidak kisah dan tidak peduli dengan apa yang berlaku di Gaza.

Seruan beliau disampaikan dalam satu majlis Sempena Maal Hijrah 1413H yang dianjurkan oleh HALUAN Kelantan di Sekolah Rendah Agama Hilal, Kota Bharu, pada 29 Disember yang lepas.

Majlis tersebut dimulai dengan Solat Isyak bersama dan disusuli dengan solat hajat untuk rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Majlis diteruskan dengan kuliah ringkas berkenaan Palestin dan maklumat terkini dari bumi Gaza, kemudian majlis diakhiri dengan ucapan dari Presiden HALUAN.

Pada malam tersebut juga Dr. Abdullah menyeru agar HALUAN mengaktifkan kembali  Tabung Palestin HALUAN. Pada tahun lepas, HALUAN telah menyerahkan sumbangan kepada Perwakilan Palestin di Mesir yang disampaikan sendiri oleh Dr. Abdullah.

Alhamdulillah pada malam kelmarin, HALUAN Kelantan berjaya mengutip RM1400.00 dari hadirin yang hadir.

Solat Hajat Untuk Gaza di seluruh Cawangan HALUAN

Presiden HALUAN menyeru agar seluruh Cawangan HALUAN Malaysia menganjurkan Solat Hajat bagi memohon keselamatan dan pertolongan dari Allah swt terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza yang terrus menerus di bedil oleh Israel semenjak Sabtu lepas.

Seruan tersebut telah ditegaskan oleh Presiden HALUAN di Kota Bharu, pada 29 Disember lepas sempena majlis Solat Hajat Untuk Gaza yang dianjurkan oleh HALUAN Kelantan di Sekolah Rendah Agama (SERU) Hilal. Sekitar dari 150 ahli HALUAN Kelantan hadir dalam majlis tersebut.

Seruan Presiden HALUAN telah disambut segera oleh cawangan-cawangan HALUAN yang telah mengadakan solat Hajat bermula malam Selasa yang lepas, antaranya HALUAN Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Pahang. Sementara HALUAN Selangor telah mengadakan solat Hajat bersama-sama masyarakat di Masjid Putra, Putrajaya pada malam tadi, Rabu 31 Disember.